Friday, July 12, 2013

Saingan Dua Penjuru Di Kuala Besut



BESUT: Menepati jangkaan, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Wakil BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof diumumkan sah bertanding bagi kerusi DUN Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri) bersalaman dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu bertemu ketika mengiringi calon masing-masing ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang pencalonan masing-masing daripada BN dan PAS sehingga proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan.

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

1 comment:

  1. Apa definasi anak tempatan? Dilahirkan disini dan dibesarkan dikemaman atau dilahirkan di Kemaman,ibubapa orang kuala besut? Calon BN mendakwa orang NAIL dan Kuala Besut tetapi majoriti orang NAIL dan Kuala Besut tidak kenal kerana DIA membesar dikemaman dan tidak faham tentang HANYIRnya IKAN dan Busuknya PERUT ikan!

    ReplyDelete