Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Polis terima sembilan laporan berkaitan kempen

JERTIH: Sebanyak sembilan laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bermula sejak 12 Julai lalu hingga 12 tengah malam tadi. 

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Hamzah Md Jamil, berkata kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya. 
"Kita sedang menyiasat kesemua kes termasuk yang terbaru kejadian simbah cat ke atas kain rentang yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Besut, di sini, sebentar tadi. - Berita Harian

Tahap keselamatan di pusat mengundi terkawal: KPN


KOTA BHARU: Tahap keselamatan di lapan pusat mengundi yang dibuka pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut hari ini adalah terkawal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Katanya, walaupun kawasan sekitar pusat mengundi terbabit dipenuhi penyokong parti yang bertanding dan sesak dengan kenderaan, pengundi tidak perlu risau kerana aliran trafik dikawal polis. 
"Perjalanan PRK setakat ini lancar, keadaan keselamatan tidak ada apa-apa masalah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu melawat anggota polis trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan jalan raya di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu lalu, di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. 

Lapan pusat mengundi terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka; SK Pulau Perhentian; SK Kampung Nail; SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. 

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. 

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.  - BERNAMA

TERKINI! 100 Penyokong PAS buat Kecoh


KUALA BESUT: Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini, hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong nerkenaan," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof.

- BERNAMA

Sekitar Hari Mengundi #prkkualabesut











Tuesday, July 23, 2013

PRK #KualaBesut : Jangan Terpedaya Pengedaran Surat Layang





JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pengundi supaya tidak terpedaya dengan penyebaran surat palsu yang diedarkan PAS di sekitar kawasan berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAS menyebarkan surat layang 'Sumbangan Duit Hari Raya Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut' oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dianggap amat keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Kandungan surat berkenaan antara lain menyatakan Muhyiddin yang menghadiri mesyuarat pada 13 Julai lalu meluluskan pemberian sumbangan hari raya kepada pengundi berdaftar, ahli dan penyokong parti lawan bermula semalam di Bilik Gerakan PRK Kuala Besut.

"Ini semua fitnah semata-mata kerana pada 13 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak berada di Kuala Besut. Malah Setiausaha Jentera PRK Kuala Besut, Salleh Abdul Latif yang dikatakan menandatangani surat berkenaan menafikan perkara itu.

"Pada peringkat permulaan kempen, PAS beriya-iya mahu menghormati bulan puasa dan tak menyerang secara peribadi tapi mereka mula-mula sekali yang menyebarkan surat fitnah dengan mengatakan ada elaun diberikan.


"Ia memburukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa kita cuba membeli undi dan tak ada perjuangan. Tapi sebenarnya PAS yang tak ada perjuangan," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK Kuala Besut, di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan bahawa surat palsu itu sudah mula diedarkan di Masjid Kuala Besut, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

"Saya menjumpai surat ini selepas menunaikan solat Subuh di masjid terbabit, malah lebih mengejutkan ketika melakukan program turun padang di sekitar kawasan berkenaan terdapat surat yang sama digulung dan diletakkan di rumah pengundi," katanya.

PRK #KualaBesut : Dekati Penyokong Tegar PAS





Jertih: Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, mengakui tidak pernah putus asa mendekati penyokong tegar PAS dalam usaha mengubah sokongan mereka kepada BN.

Beliau yang lebih mesra menggunakan pendekatan bersemuka daripada berceramah serta tidak memburukkan mana-mana pihak, sering mengingatkan supaya mereka juga menumpukan usaha membangunkan kawasan Kuala Besut.

Tengku Zaihan ketika ditemui semalam juga memaklumkan, beliau mempertingkatkan momentum kempen dengan memberi tumpuan di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti Kampung Nangka, Kampung Air Terjun dan Bukit Puteri yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Alhamdulillah, kita dah hampir ke penghujung kempen, sambutan amat menggalakkan. Selain di Kuala Besut, kita tumpu kawasan (kampung) Air Terjun dan Bukit Puteri bagi mendapatkan sokongan majoriti pengundi di sana dan saya sendiri tidak pernah putus asa untuk mendampingi mereka (penyokong PAS),” katanya. -BHarian.

RASUAH TERANG-TERANGAN