Wednesday, July 17, 2013

Pas Hadir Untuk Kalah Di Kuala Besut



Masuk hari ke 5 kempen semalam, PAS dilihat semakin mengendurkan operasi mereka di Kuala Besut. Tindak Balas serta cara gerak kerja kempen PAS dilihat semakin lesu apabila semakin hari semakin ramai jentera PAS dari seluruh Negara sudah mula meninggalkan Kuala Besut.


Apa faktor sebenar kelembapan jentera PAS berkempen di Kuala Besut? Mengapa ramai dikalangan pemimpin PAS tidak menghiraukan arahan yang diberikan Husam selaku Pengarah PRK PAS? Ramai ahli PAS sudah mula perasan berlaku “gila kuasa” dikalangan pemimpin mereka di Kuala Besut sehingga menyebabkan mereka sudah mula “fed up” dengan scenario yang tidak menentu di Kuala Besut apabila terlalu ramai “Panglima-Panglima” dalam PAS yang memberi bermacam-macam arahan sehinggakan mengelirukan petugas parti.


Amat jelas dilihat di Kuala Besut apabila wujudnya satu kem dalam PAS yang memboikot Husam dan jenteranya sehinggakan ada yang sanggup sabotaj program yang dianjurkan PAS. Rata-rata dari mereka kecewa kerana, kempen PRK di Kuala Besut dilihat sebagai satu cubaan membersihkan nama Husam yang tercalar dek kerana kalah di Putrajaya dan tidak mendapat jawatan EXCO didalam Kerajaan Negeri Kelantan.


Kewujudan Kem boikot didalam PAS memang ada asas, ini dilihat melalui pertembungan merebut jawatan pengarah PRK Kuala Besut. Kekecewaan jelas terpampar di riak wajah Wahid Endut apabila Husam yang juga PAS Kelantan dipilih mengetuai PRK di Terengganu. Mereka turut kecewa apabila Haji Hadi gagal untuk menepis tekanan yang diberikan oleh Husam sehingga beliau gagal memberi peluang kepada wakil Terengganu menggelapai PRK kali ini.


Bila Kem Puak ini timbul? Ianya berlaku sejak dari PRK Manik Urai dan Galas lagi, dimana, PAS Kelantan seolah-olah tidak mesra dengan kehadiran jentera dari PAS Terengganu yang diketuai Haji Hadi ketika itu. Sehinggakan menimbulkan cakap-cakap yang kurang enak seperti, segala banner dan bunting adalah dilarang sama sekali diletakkan wajah Haji Hadi.


Nampaknya PAS semakin hari semakin berat menerima Ujian dan Dugaan , sama ada mereka berjaya atau tidak menghadapinya ia akan menjadi pentunjuk yang jelas dimana siapa bakal mengisi “ line up” baru kempimpinan PAS pada muktamar akan datang. Geng Anwarinas semakin hari semakin berkuasa didalam PAS. Semoga Kuala Besut menjadi titik permulaan kehancuran pimpinan PAS.

No comments:

Post a Comment