Tuesday, July 23, 2013

PRK #KualaBesut : Jangan Terpedaya Pengedaran Surat Layang





JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pengundi supaya tidak terpedaya dengan penyebaran surat palsu yang diedarkan PAS di sekitar kawasan berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAS menyebarkan surat layang 'Sumbangan Duit Hari Raya Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut' oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dianggap amat keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Kandungan surat berkenaan antara lain menyatakan Muhyiddin yang menghadiri mesyuarat pada 13 Julai lalu meluluskan pemberian sumbangan hari raya kepada pengundi berdaftar, ahli dan penyokong parti lawan bermula semalam di Bilik Gerakan PRK Kuala Besut.

"Ini semua fitnah semata-mata kerana pada 13 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak berada di Kuala Besut. Malah Setiausaha Jentera PRK Kuala Besut, Salleh Abdul Latif yang dikatakan menandatangani surat berkenaan menafikan perkara itu.

"Pada peringkat permulaan kempen, PAS beriya-iya mahu menghormati bulan puasa dan tak menyerang secara peribadi tapi mereka mula-mula sekali yang menyebarkan surat fitnah dengan mengatakan ada elaun diberikan.


"Ia memburukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa kita cuba membeli undi dan tak ada perjuangan. Tapi sebenarnya PAS yang tak ada perjuangan," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK Kuala Besut, di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan bahawa surat palsu itu sudah mula diedarkan di Masjid Kuala Besut, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

"Saya menjumpai surat ini selepas menunaikan solat Subuh di masjid terbabit, malah lebih mengejutkan ketika melakukan program turun padang di sekitar kawasan berkenaan terdapat surat yang sama digulung dan diletakkan di rumah pengundi," katanya.

No comments:

Post a Comment