Friday, July 19, 2013

PRK Kuala Besut: Mukhriz mahu balas jasa Terengganu



JERTIH: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan berkempen dan membantu habis-habisan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai membalas budi Terengganu kepada Negeri Jelapang Padi itu.

Mukhriz berkata, Kedah banyak belajar daripada Terengganu terutama dalam bidang pendidikan menerusi pendekatan Ulul Albab yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang. 

"Kami datang jauh dari Kedah kerana kami membalas jasa dan budi baik kerajaan Terengganu kerana banyak yang kami belajar menerusi pendekatan pendidikan yang digunakan di negeri ini (Terengganu).

"Salah satu contoh ialah pendekatan Ulul Albab yang saya terapkan di Jerlun ketika menjadi Ahli Parlimen," katanya ketika pemberita selepas
menyerahkan zakat kepada 110 penerima di Kampung Air Terjun, di sini.

Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri Kedah berkata, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimennya (ketika menjadi Ahli Parlimen) menunjukkan keputusan yang cemerlang selepas menggunakan pendekatan Ulul Albab yang
berasal dari Terengganu.

Pendekatan Ulul Albab diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengalakkan lebih ramai pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.
Selain Mukhriz, sembilan lagi Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dari Kedah turut berada di Kuala Besut untuk membantu jentera pilihan raya BN. -Bharian.

No comments:

Post a Comment