Friday, July 19, 2013

Ahmad Shabery tidak tahu pembangkang ajak debat



PUTRAJAYA 19 Julai - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak tahu menahu mengenai cadangan pakatan pembangkang menganjurkan debat antara beliau dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai cadangan debat yang disarankan oleh Pengarah Pilihanraya Kecil Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Husam Musa selepas dihubungi oleh wartawan.

"Saya tidak tahu menahu (mengenai cadangan debat) tidak ada sesiapa pun dari pihak sana yang menghubungi atau menjemput saya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Naib Presiden Pas itu yang mengajak UMNO berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu dengan menjemputnya mewakili Barisan Nasional (BN) manakala Rafizi mewakili pakatan pembangkang.

Husam turut mencadangkan agar perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat tarawih malam ini dan pemilihan Ahmad Shabery akan membolehkan sesi tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment