Monday, July 22, 2013

PRK #KualaBesut : Pengundi Muda Penentu Kejayaan BN, Kata KJ





BESUT - Kira-kira 55 peratus daripada 17,683 pengundi di Kuala Besut adalah pengundi muda, justeru golongan itu dijangka menentukan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut Rabu ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, katanya, tumpuan tanpa henti dan usaha mendekati golongan itu perlu dilipatgandakan dalam memberi mereka keyakinan terhadap BN.

"Ketika ini kita sudah buat yang terbaik (dalam meyakinkan pengundi muda) dan pendekatan ini sangat sesuai dengan strategi kita yang meletakkan calon muda di kawasan Kuala Besut.

"Calon kita ini orang muda yang pastinya memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi muda bergantung sepenuhnya kepada beliau untuk membawa suara mereka," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Kuala Besut hari ini.

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini mempertemukan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.

Kekosongan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - Bernama

No comments:

Post a Comment