Wednesday, July 10, 2013
Masjid, Surau Di Kuala Besut Tak Boleh Ada Lambang Parti - Maidam
KUALA TERENGGANU: Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Megeri (DUN) itu.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mohd Rozali Salleh, berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen.
"Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat, di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan parti-parti yang bertanding, khususnya umat Islam agar menghormati bulan Ramadan ketika berkempen pada pilihan raya kecil itu.
Elakkan kempen yang berunsur fitnah dan mengumpat, nasihat beliau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini untuk pengundian manakala Jumaat ini hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment