Kuala Besut bakal mencipta sejarah…. 16-16.
Inilah laungan disemua pentas ceramah PAS di dalam kempen PRK N1 Kuala Besut.
PAS sudahpun menurunkan ramai panglima-panglimanya untuk turun berceramah. Dari
Mursyidur Am, Presiden, Timbalan Presiden hinggalah kepada pimpinan PAS Kawasan
Besut sendiri. Tidak cukup dengan PAS, Parti PKR juga turut membantu berkempen
hingga Ketua Umumnya juga turut turun padang berkempen.
lihat sendiri sepanduk apakah dibelakang penceramah ini?
Pada mula-mula berkempen selepas penamaan
calon, kelihatan rentak kempen mereka dilihat agak perlahan dan sedikit lembut.
Namun selepas kempen di Kampung Beris Pak Abu yang mana Tuan Guru Nik Aziz
berceramah, dilihat cara berceramah di pentas ceramah PAS agak kasar dan
terdesak. Dilihat mereka mula mengeluarkan ayat-ayat yang agak kasar dan mula memfitnah
dan mula menyerang peribadi calon BN.
Ada
yang berkata tidak mahu menyerang peribadi namun ayat yang dilemparkan dalam
ceramah meraka adalah “siapakah cikgu man ustaz UMNO yang sebenar?
Mengapakah dia dikeluarkan dari kampong Nail dan dipindahkan ke Kemaman?” ayat
penuh persoalan ini dilihat mengundang persepsi tidak senang mereka yang
mendengar kepada calon BN. Dari nada ceramah jelas menunjukkan seperti bapa
kepada calon BN tersebut seorang yang tidak baik akhlaknya. Adakah cara ceramah
begini tidak menyerang peribadi, seperti janji dan ikrar dari PAS?
Selain itu, mereka turut memfitnah melalui
sepanduk dan kain rentang yang dipasang. Bukankah isu scorpene yang mengaitkan
Dato’ Seri Najib adalah satu fitnah. Isu cincin 24 juta juga adalah fitnah…
kenapakah isu yang tidak benar ini dijaja dalam kempen? Selain itu dalam
ceramah di Kampung Tok Saboh, Anwar Ibrahim masih lagi mengulang isu pengundi
hantu yang mengaitkan Bangla mengundi untuk membantu kemenangan BN dalam PRU13.
Persoalannya mengapakan hingga hari ini masih tiada satu laporan polis dibuat
berkaitan isu ini?
Anwar masih menjaja cerita tentang undi
popular yang kononnya memihak kepadanya. Adakah suatu kenikmatan pada Anwar
terus terusan menipu dan memperbodohkan rakyat? Adakah Anwar merasakan
pilihanraya di Malaysia sama seperti di Amerika atau mana-mana Negara yang
menjadikan Presiden sebagai ketua Negara? Atau Anwar memang bercita-cita
mengubah Malaysia menjadi Negara Republik? Persoalan demi persoalan yang
dilemparkan Anwar selama ini terus bersambung hingga dalam ceramahnya di Kuala
Besut.
Adakah cara dengan memperbodohkan, menipu
dan memfitnah ini sudah menjadi resam dalam dunia politik Pembangkang? Jika
dalam ceramah mereka, UMNO dan Barisan Nasional berpolitik dengan cara kotor
dan hanya tahu memfitnah. Tetapi yang dilihat dan didengar bukankan Pembangkang
yang memfitnah dan menipu? Atau adakah mereka sedang bercakap di hadapan
cermin? Kepada pengundi Kuala Besut, fikir-fikirkanlah…. Memilihlah dengan
waras, bijak dan penuh keyakinan memilih demi masa depan.
No comments:
Post a Comment