Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
Jertih: Isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Parlimen Besut adalah isu lapuk dibangkitkan PAS yang sudah kehabisan modal untuk meraih sokongan pengundi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
“Mereka (PAS) ulang cerita lama, (seperti) filem P Ramlee... sudah berpuluh tahun (P Ramlee) meninggal dunia, tapi filemnya masih ada. Sebab dia (PAS) tak ada isu baru, terpaksa ulang benda sama... apa salahnya rakyat dapat (tanah),” katanya.
Ikut prosedur
“Jadi (dalam kes ini) wakil rakyat boleh buat, dia minta, kita bagi. Apa salahnya dia dapat (kerana) dia buat mengikut prosedur. Dia (wakil rakyat) beri perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai tanda terima kasih, kita bagi (apabila) dia minta.
“Takkanlah mentang-mentang dia wakil rakyat, (bila dia minta) kita tidak boleh beri kepadanya,” katanya sambil menambah, Kerajaan PAS Terengganu juga pernah memberi tanah 60 hektar di Durian Mentangau, Dungun kepada seorang wakil rakyatnya.
Ketika itu, katanya, mereka berselindung di sebalik nama sebuah syarikat dan apabila disiasat, syarikat terbabit sebenarnya milik wakil rakyat berkenaan dan isterinya.
Beliau berkata, keghairahan PAS kononnya hendak memberi tanah kepada rakyat adalah kerana mereka begitu teruja bermain politik apabila menjadi kerajaan, sedangkan pemberian tanah bukan perkara mudah dan terpaksa melalui pelbagai prosedur.
20,000 lot tanah
“Kerajaan negeri tak boleh luluskan tanah sesuka hati, sebaliknya terpaksa dibawa kepada Pejabat Tanah, kemudian kepada Pejabat Tanah dan Galian dan selepas itu, baru ke (mesyuarat) EXCO semula,” katanya.
Ahmad berkata, dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri memberikan 20,000 lot tanah kepada rakyat, termasuk 12,000 tapak rumah.
No comments:
Post a Comment