Friday, July 19, 2013

CIPTA SEJARAH BARU- PAS SEMAKIN NAZAK DI KUALA BESUT




Kuala Besut mencipta sejarah lagi,Sejarah apa? Sejarah dimana buat pertama kalinya ceramah PAS yang dianjurkan hari ini dan esok mempunyai tarikan Cabutan bertuah basikal,motor dan sebagainya. Sejarah ini mungkin tercipta di Terengganu mahupun Malaysia.

Sudah pasti senior-senior dalam PAS akan kecewa dengan cara baru ceramah PAS ini yang jelas mengikut cara UMNO/BN menarik hadirin dating beramai-ramai. Mungkin kerana terdesak, PAS terpaksa membuat Cabutan Bertuah bilamana respon yang diberikan pengundi Kuala Besut di setiap ceramah PAS dan program mereka amat mengecewakan.

Sebab itu,penulis mengatakan, jentera PAS PRK Kuala Besut ini adalah paling lemah pernah BN lawan. Kelemahan mengurus program, kegagalan membawa keluar pengundi Kuala Besut keluar mendengar ceramah mereka.Kelmarin Ceramah Mat Sabu pun hanya dihadiri sekitar 70 Orang.

Semalam di Kg Beris Pak Abu, kehadiran hanya sekitar 700 orang didalam ceramah yang dihadiri Nik Aziz dan bekas ADUN Kuala Besut Nik Zawawi. Ini petanda tidak elok.

Husam dan jentera tempangnya di Kuala Besut sudah akui mereka akan gagal, misi sekarang bukan untuk menang,cukuplah sekadar mereka dapat mengurang majoriti yang dimenangi BN pada PRU13 yang lalu. Kerana itulah, program mereka sudah mula ada Cabutan Bertuah untuk menarik pengundi keluar mendengar dakyah mereka.


Dulu mereka mengutuk dan menghina program-program BN yang selama ini menarik orang hadir dengan cabutan bertuah, tetapi kali ini,apa yang mereka kutuk dan hina telah balik kepada mereka semula ibarat kata perpatah seperti “meludah ke langit”.


1 comment:

  1. Nazaknya PAS telah menyebabkan BN/UMNO telah terpaksa melawatnya dengan WANG tidak terbilang......segala apa yang ada dipunggah masuk termasuk beras,gula dan segala mak ayah...semata-mata kerana PAS nazak....betul ke.....kan BN TAKUT KALAAH?

    ReplyDelete