Wednesday, July 17, 2013
Ahmad Said: PAS juga pernah beri tanah pada ADUN
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS mengitarkan isu lama dengan membangkitkan soal tanah yang dianugerahkan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Sedangkan, PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu, dakwanya.
Dakwanya, pentadbiran PAS Terengganu pernah memberikan tanah seluas sehingga 150 ekar di Dungun kepada seorang ADUN parti berkenaan.
Ahmad dalam sidang media di Pejabat Daerah Besut mendakwa, wakil rakyat berkenaan menerima tanah tersebut atas nama syarikat serta isteri.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan PAS bahawa pentadbiran BN Terengganu memberi tanah kepada pemimpin Umno negeri itu.
Pemberian tanah tersebut hari ini diakuinya sebagai cara untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
"Sama juga. Yang ini atas nama wakil rakyat, yang itu atas nama syarikat. Siapa yang memiliki syarikat itu?," katanya.
Bagaimanapun, di pihak PAS pula hanya menganugerahkan tanah untuk mengusahakan kebun limau tersebut kepada satu wakil rakyat sahaja, katanya.
PAS mentadbir Terengganu selama satu penggal selepas berjaya menguasai negeri tersebut dalam pilihan raya 1999.-Mkini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment