Wednesday, July 17, 2013
PRK Kuala Besut: Pengundi diminta tidak terpedaya dengan 16-16
JERTIH: Pengundi di Kuala Besut dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan kempen parti pembangkang yang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau percaya pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 24 Julai ini tidak mudah terpedaya dengan kempen terbabit.
"Ini satu tindakan populis.... kempen begitu tidak masuk akal bermakna nak kerajaan negeri tergantung dan menyebabkan hala tuju tidak menentu.
"Visi mereka tidak sebenarnya memikirkan masa depan rakyat di Terengganu dan Besut sebagai keutamaan. Tidak ada mana-mana pihak yang nak sesuatu yang tidak menentu.
"Kalau tergantung, politik sokmo-sokmo (selalu-selalu), dalam keadaan kita buat pertimbangan politik, lebih sedih jika tuding jari, tabur fitnah, serang peribadi, memecah-belahkan, tanam kebencian dan mendoakan ketidak tentuan 16-16," katanya ketika mengulas kempen pembangkang yang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebanyak 200 rumah ahli veteran ATM akan dibina dan dibaik pulih tahun ini yang dikendalikan rejimen kejuruteraan.-Bharian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment