Thursday, July 11, 2013
PRK Kuala Besut: BN terbukti mampu bela nasib golongan miskin
BESUT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membuktikan kemampuan membela nasib golongan berpendapatan rendah tetapi masih ada ruang untuk dipertingkatkan.
Nelayan di Kuala Besut yang menikmati pelbagai skim bantuan kerajaan seperti bantuan sara hidup bulanan RM200 dan subsidi petrol serta diesel mengakui terhutang budi kepada keprihatinan BN tetapi berharap nasib mereka terus dibela.
Nelayan di Kampung Nail, Kuala Besut yang ditemui semalam mengucapkan terima kasih kepada BN kerana menyediakan jeti pendaratan ikan sempurna sejak lebih 20 tahun lalu, selain skim pembelian dan penjualan hasil tangkapan yang lebih teratur dan memuaskan hati mereka.
Ismail Hussin, 53, berkata keadaaan sekarang berbeza dengan nelayan terpaksa meredah selut dan lumpur setiap kali menolak perahu dan bot ke laut atau ketika pulang dari mencari rezeki di laut kira-kira 20 tahun lalu.
"Hal ini bukan saja diakui oleh orang yang menyokong kerajaan, malah orang yang membangkang juga menerima hakikat ini sebab kita sama-sama menggunakan jeti dibina kerajaan," katanya ketika ditemui hari ini.
No comments:
Post a Comment