Ceramah PAS di kempen PRK N1 Kuala Besut agak mengelirukan
dan seperti ketandusan idea. Bayangkan apabila pentas ceramah anjuran PAS dan
penceramahnya adalah Mat Sabu yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS gagal
memberi fakta yang kukuh sebaliknya hanya mampu berceramah tanpa isi dan
seperti beliau bersembang di kedai kopi. Beliau juga hanya memberi contoh yang
agak pelik ketika menyampaikan ucapannya .
Pada malam ceramah beliau di UPU Kampung Nail Kuala Besut,
beliau cuba menjawab ke mana perginya Tuan Guru Haji Hadi kerana sehingga hari
ini kelibat Presiden PAS ini tidak kelihatan. Mat Sabu mengatakan Tuan Guru
Haji Hadi menerima banyak jemputan untuk jadi penasihat kepada kumpulan atau
parti politik di Negara luar. Seperti di Negara-negara timur tengah dan katanya
sekarang ini Tuan Guru Haji Hadi berada di Istambul. Hebat sangatkah Presiden
PAS ini apabila dijemput menjadi penasihat sedangkan dalam Pakatan Pembangkang
sendiri beliau gagal menasihati Anwar, gagal mempengaruhi Lim kit Siang dan
gagal segalanya dalam keputusan yang di buat Pakatan Pembangkang.
Kesimpulannya tentang kehilangan Tuan Guru Presiden PAS ini
sudahpun terjawab dan jawapannya adalah beliau pergi keluar Negara untuk
menasihati parti-parti di Negara luar. Pelik juga apabila dalam negeri sendiri
ada PRK yang mana melibatkan partinya sendiri tapi beliau sibuk menjadi
penasihat kepada Parti lain di Negara lain. Atau adakah Che Long ini calon
bukan pilihannya dan bukan calon favourite untuk menang. Beliau lari kerana
tidak sehaluan dengan Pengarah Jentera Kempen PRK Kuala Besut? Mungkin juga
beliau hilang lari dan sebab beliau tidak mahu terlibat jika PAS kalah di PRK
Kuala Besut. Fikirkan lah
No comments:
Post a Comment