Wednesday, July 17, 2013

Hussam Semakin Disayang Di Kuala Besut


Masuk hari ke empat tempoh berkempen di PRK N1 Kuala Besut suasana kian hambar untuk memenangkan Calon PAS Endut@Azlan@Che Long. Suasana agak suram dan Bilik Gerakan di 9 UPU yang dibuka oleh PAS agak sunyi bagai tidak berfungsi. Jika disoal soalan ini, pasti jawapan yg diterima adalah ahli PAS sibuk mengerjakan solat terawih dan tidak berpeluang untuk membantu jentera kempen.

Benarkah jawapan yang diberi sama seperti yang tersirat? Melalui tinjauan dan jawapan dari sembang-sembang kosong, sebenarnya terdapat beberapa unsur protest dan unsur boikot. Ada beberapa sebab yang jelas bermain dalam suasana kempen di PRK Kuala Besut ini. Antaranya seperti nama Hussam sendiri yang dilantik sebagai Pengarah Jentera bagi Parti Pas untuk PRK ini.

Seperti yang sedia maklum nama Hussam timbul apabila ianya adalah antara syarat utama yang diberikan oleh Che Long untuk bertanding menentang calon BN Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman. Apakah lantikan Hussam ini benar-benar lantikan pimpinan tertinggi PAS Pusat atau lantikan terpaksa? Yang jelas lantikan Hussam Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang tercicir namanya baru-baru ini seperti terdapat satu konspirasi atau satu pakatan dari pihak tertentu.

Apa yang dilihat jentera kempen PAS dari Negeri- Negeri lain bagai tidak berfungsi dan ada yang sudahpun angkat kaki balik meninggalkan bumi Kuala Besut. Sebagai contoh jentera dari negeri Perak sudahpun pulang awal dan alasan yang diterima adalah buat apa kempen untuk kalah. Ada juga alasan yang diterima adalah sengala letakkan calon kerana tidak mahu memberi laluan mudah kepada calon BN.

Namun apa yang jelas seperti PAS kini jelas tidak bersependapat dan wujud keretakan. Mungkinkah Hussam akan dijadikan sebab dan dia bakal memikul tanggungjawab atas kekalahan ini. Hanya Hussam Musa sahaja yang ada jawapannya.


No comments:

Post a Comment