Kempen PRK N1 Kuala Besut sudahpun memasuki
Fasa terakhir yang mana pelbagai strategi dan teknik akan keluar demi
mendapatkan undi rakyat. Calon BN seperti biasa tetap dengan cara menjelajah
segenap pelusuk kawasan dalam DUN Kuala Besut untuk bertemu pengundi. Beliau
menggunakan kaedah turun ke dasar berjumpa pengundi untuk memperkenalkan diri
dan menyelami hati dan hasrat rakyat Kuala Besut.
Berbanding dengan calon BN, Calon PAS
dilihat menggunakan kaedah senyap dan sunyi. Setiap pentas ceramah yang beliau
singgah, amat sukar untuk beliau mengeluarkan suara emasnya. Beliau lebih
selesa berdiri, tersenyum dan melambaikan tangannya. Mungkin dengan lambaian
tangannya akan tersebar aura yang tidak kelihatan untuk mencairkan hati
pengundi untuk tertarik memilihnya. Mungkin juga beliau tidak begitu teruja
untuk mengeluarkan kata-kata hikmatnya kerana jika menang nanti beliau sedia
maklum tidak mahu menjalankan amanah rakyat sebagai Yang Berhormat dan
sebaliknya akan mengajikan orang lain untuk menggantikan tempatnya sebagai
wakil rakyat.
Seperti yang beliau katakan, beliau adalah
seorang kontraktor paling berjaya di Kelantan. Beliau juga mengatakan beliau
mampu menjalankan kerja yang diberi oleh Kerajaan Kelantan bernilai puluhan
juta ringgit tanpa memerlukan pinjaman atau pendahuluan dari Kerajaan Kelantan.
Kata-kata beliau mungkin menunjukkan kejayaannya dan juga menzahirkan
kekayaannya melalui kata-katanya. Namun ada juga yang merasakan kata-kata
beliau menampakkan keangkuhan dan ada unsur riak.
Ciri-ciri calon PAS ini jelas berbeza
dengan peribadi dan cara calon BN yang nampak bersungguh-sungguh untuk bertemu
seramai mungkin pengundi. Tengku Zaihan dilihat tidak menunjukkan keletihannya
untuk terus menerus menjelajah segenap pelusuk Kuala Besut hanya untuk bertemu
pengundi. Dalam ucapan kempennya juga beliau jelas merayu dan meminta diberi
kepercayaan rakyat kuala besut untuk mewakili rakyat kuala besut di Dewan
Undangan Negeri Terengganu dan seterusnya menjalankan tugas seperti yang
diamanahkan.
Keperibadian yang berbeza antara dua calon
ini jelas boleh dijadikan kayu pengukur keikhlasan dan kemampuan mereka untuk
menjadi wakil rakyat di Kuala Besut. Kuasa memilih ada ditangan pengundi dan
akan dizahirkan sokongan pada Rabu 24hb Julai 2013 ini. Pilihlah dengan penuh
kebijaksanaan dan satu undi dari anda adalah penentu kepada nasib rakyat Kuala
Besut.
No comments:
Post a Comment