Kuala Besut bakal mencipta sejarah…. 16-16 seperti yang
dikempen dan tertera di sepanduk dari Parti PAS. Apakah sejarah yang diharapkan
oleh PAS? Adakah sejarah yang dikejar PAS ini bakal memberi faedah kepada
rakyat Kuala Besut? Adakah PAS berfikir bukan tanggungjawab terhadap pengundi
harus diutamakan tetapi sejarah yg lebih penting…..
PAS Terengganu meletakkan Che Long sebagai calon di PRK Kuala Besut. Seorang kontraktor
kelas A dan ahli perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di Kelantan.
Memegang jawatan Bendahari Pas Kawasan Besut dan dilihat oleh PAS sebagai calon
paling sesuai untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Kuala Besut. Namun sebagai
ahli perniagaan yang berjaya mahukah Che Long meluangkan masanya untuk penduduk
Kuala Besut dan meninggalkan kesibukan kerjanya di Kelantan?
Seperti kempen dari ceramah PAS di pentas ceramah sekitar
Kuala Besut mengatakan Che Long calon yang paling sesuai untuk dipilih kerana
beliau adalah penduduk tempatan Kuala Besut, mudah didekati, mudah memahami
hasrat dan penduduk Kuala Besut dan calon yang sentiasa ada di kawasan…. Kata penceramah
PAS. Betulkah seperti yang dikatakan?
Bagaimana dengan apa yang Che Long katakana seawal2 selepas
namanya dicalonkan? Adakah kata-kata beliau akan mengajikan orang lain untuk
menjadi “wakil” kepada wakil rakyat? Apakah maksud kata-kata beliau izinkan
beliau untuk berniaga. Adakah dgn mewakilkan orang lain di kawasan adalah
tanggungjawab seorang wakil rakyat? Adakah nasib rakyat akan terbela apabila
tiada wakil rakyat yang dipilih di kawasan? Adakah ini yang dituntut oleh
rakyat yang memilih beliau sebagai wakil?
Adakah rakyat Kuala Besut tidak matang dan tidak berfikir? Adakah
penceramah PAS sedang membuat lawak di pentas ceramah? Rakyat Kuala Besut harus
sedar dan buka mata sandiwara yang sedang dimainkan dan jangan biarkan mereka
terus bermain lawak jenaka yang tidak masuk akal…. Fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment