Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Polis terima sembilan laporan berkaitan kempen

JERTIH: Sebanyak sembilan laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bermula sejak 12 Julai lalu hingga 12 tengah malam tadi. 

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Hamzah Md Jamil, berkata kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya. 
"Kita sedang menyiasat kesemua kes termasuk yang terbaru kejadian simbah cat ke atas kain rentang yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Besut, di sini, sebentar tadi. - Berita Harian

Tahap keselamatan di pusat mengundi terkawal: KPN


KOTA BHARU: Tahap keselamatan di lapan pusat mengundi yang dibuka pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut hari ini adalah terkawal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Katanya, walaupun kawasan sekitar pusat mengundi terbabit dipenuhi penyokong parti yang bertanding dan sesak dengan kenderaan, pengundi tidak perlu risau kerana aliran trafik dikawal polis. 
"Perjalanan PRK setakat ini lancar, keadaan keselamatan tidak ada apa-apa masalah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu melawat anggota polis trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan jalan raya di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu lalu, di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. 

Lapan pusat mengundi terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka; SK Pulau Perhentian; SK Kampung Nail; SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. 

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. 

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.  - BERNAMA

TERKINI! 100 Penyokong PAS buat Kecoh


KUALA BESUT: Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini, hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong nerkenaan," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof.

- BERNAMA

Sekitar Hari Mengundi #prkkualabesut











Tuesday, July 23, 2013

PRK #KualaBesut : Jangan Terpedaya Pengedaran Surat Layang





JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pengundi supaya tidak terpedaya dengan penyebaran surat palsu yang diedarkan PAS di sekitar kawasan berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAS menyebarkan surat layang 'Sumbangan Duit Hari Raya Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut' oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dianggap amat keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Kandungan surat berkenaan antara lain menyatakan Muhyiddin yang menghadiri mesyuarat pada 13 Julai lalu meluluskan pemberian sumbangan hari raya kepada pengundi berdaftar, ahli dan penyokong parti lawan bermula semalam di Bilik Gerakan PRK Kuala Besut.

"Ini semua fitnah semata-mata kerana pada 13 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak berada di Kuala Besut. Malah Setiausaha Jentera PRK Kuala Besut, Salleh Abdul Latif yang dikatakan menandatangani surat berkenaan menafikan perkara itu.

"Pada peringkat permulaan kempen, PAS beriya-iya mahu menghormati bulan puasa dan tak menyerang secara peribadi tapi mereka mula-mula sekali yang menyebarkan surat fitnah dengan mengatakan ada elaun diberikan.


"Ia memburukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa kita cuba membeli undi dan tak ada perjuangan. Tapi sebenarnya PAS yang tak ada perjuangan," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK Kuala Besut, di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan bahawa surat palsu itu sudah mula diedarkan di Masjid Kuala Besut, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

"Saya menjumpai surat ini selepas menunaikan solat Subuh di masjid terbabit, malah lebih mengejutkan ketika melakukan program turun padang di sekitar kawasan berkenaan terdapat surat yang sama digulung dan diletakkan di rumah pengundi," katanya.

PRK #KualaBesut : Dekati Penyokong Tegar PAS





Jertih: Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, mengakui tidak pernah putus asa mendekati penyokong tegar PAS dalam usaha mengubah sokongan mereka kepada BN.

Beliau yang lebih mesra menggunakan pendekatan bersemuka daripada berceramah serta tidak memburukkan mana-mana pihak, sering mengingatkan supaya mereka juga menumpukan usaha membangunkan kawasan Kuala Besut.

Tengku Zaihan ketika ditemui semalam juga memaklumkan, beliau mempertingkatkan momentum kempen dengan memberi tumpuan di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti Kampung Nangka, Kampung Air Terjun dan Bukit Puteri yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Alhamdulillah, kita dah hampir ke penghujung kempen, sambutan amat menggalakkan. Selain di Kuala Besut, kita tumpu kawasan (kampung) Air Terjun dan Bukit Puteri bagi mendapatkan sokongan majoriti pengundi di sana dan saya sendiri tidak pernah putus asa untuk mendampingi mereka (penyokong PAS),” katanya. -BHarian.

RASUAH TERANG-TERANGAN


Jangan Timbul Kontroversi Sepanjang Proses Pengundian Esok - Ketua Polis Terengganu





BESUT: Polis pada Selasa mengingatkan penyokong parti bertanding tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada Rabu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua tempat mengundidijangka sesak ekoran kehadiran penyokong parti dari luar menjelang hari pengundian untuk memberi sokongan dan meraih undi.

Bercakap dalam sidang media di sini pada Rabu, beliau berkata, perbezaan budaya antara penduduk luar dan setempat dibimbangi mampu mencetuskan ketegangandi antara dua pihak.

"Kita percaya penduduk tempatan tidak bertindak demikian namun yang membimbangkan penyokong dari luar yang agresif untuk meraih undi sehingga mencetuskan kekecohan.

"Insiden seperti ini berlaku pada pilihan raya umum lalu dan kita tidak mahu ia berulang," katanya, sambil meminta para penyokong menghormati budaya masyarakat setempat agar proses esok berjalan lancar.

Bagaimanapun, katanya, polis mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 20 permohonan permit untuk mengadakan ceramah dan tayangan video diluluskan pada Isnin.

Katanya, pemantauan polis mendapati kesemua ceramah itu berlangsung secara aman tanpa dicemari sebarang insiden yang tidak diingini.

"Saya mengingatkan kepada parti bertanding tempoh berkempen akan tamat pukul 12 tengah malam ini dan selepas itu tidak dibenarkan mana-mana pihak mengadakan kempen jika masih ingkar tindakan akan diambil," katanya.

Beliau berkata, sepanjang proses pengiraan undi berlangsung polis akan meningkatkan tahap keselamatan bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Katanya, polis juga tidak membenarkan sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan menggunakan motosikal, kereta mahupun secara berjalan kaki. - BERNAMA

KEMPEN PAS DI KUALA BESUT - CERAMAH TAK MAHU FITNAH TETAPI SEPANDUK BAGAIMANA?


Kuala Besut bakal mencipta sejarah…. 16-16. Inilah laungan disemua pentas ceramah PAS di dalam kempen PRK N1 Kuala Besut. PAS sudahpun menurunkan ramai panglima-panglimanya untuk turun berceramah. Dari Mursyidur Am, Presiden, Timbalan Presiden hinggalah kepada pimpinan PAS Kawasan Besut sendiri. Tidak cukup dengan PAS, Parti PKR juga turut membantu berkempen hingga Ketua Umumnya juga turut turun padang berkempen.

lihat sendiri sepanduk apakah dibelakang penceramah ini?

Pada mula-mula berkempen selepas penamaan calon, kelihatan rentak kempen mereka dilihat agak perlahan dan sedikit lembut. Namun selepas kempen di Kampung Beris Pak Abu yang mana Tuan Guru Nik Aziz berceramah, dilihat cara berceramah di pentas ceramah PAS agak kasar dan terdesak. Dilihat mereka mula mengeluarkan ayat-ayat yang agak kasar dan mula memfitnah dan mula menyerang peribadi calon BN.

 Ada yang berkata tidak mahu menyerang peribadi namun ayat yang dilemparkan dalam ceramah meraka adalah “siapakah cikgu man ustaz UMNO yang sebenar? Mengapakah dia dikeluarkan dari kampong Nail dan dipindahkan ke Kemaman?” ayat penuh persoalan ini dilihat mengundang persepsi tidak senang mereka yang mendengar kepada calon BN. Dari nada ceramah jelas menunjukkan seperti bapa kepada calon BN tersebut seorang yang tidak baik akhlaknya. Adakah cara ceramah begini tidak menyerang peribadi, seperti janji dan ikrar dari PAS?

Selain itu, mereka turut memfitnah melalui sepanduk dan kain rentang yang dipasang. Bukankah isu scorpene yang mengaitkan Dato’ Seri Najib adalah satu fitnah. Isu cincin 24 juta juga adalah fitnah… kenapakah isu yang tidak benar ini dijaja dalam kempen? Selain itu dalam ceramah di Kampung Tok Saboh, Anwar Ibrahim masih lagi mengulang isu pengundi hantu yang mengaitkan Bangla mengundi untuk membantu kemenangan BN dalam PRU13. Persoalannya mengapakan hingga hari ini masih tiada satu laporan polis dibuat berkaitan isu ini?

Anwar masih menjaja cerita tentang undi popular yang kononnya memihak kepadanya. Adakah suatu kenikmatan pada Anwar terus terusan menipu dan memperbodohkan rakyat? Adakah Anwar merasakan pilihanraya di Malaysia sama seperti di Amerika atau mana-mana Negara yang menjadikan Presiden sebagai ketua Negara? Atau Anwar memang bercita-cita mengubah Malaysia menjadi Negara Republik? Persoalan demi persoalan yang dilemparkan Anwar selama ini terus bersambung hingga dalam ceramahnya di Kuala Besut.
Adakah cara dengan memperbodohkan, menipu dan memfitnah ini sudah menjadi resam dalam dunia politik Pembangkang? Jika dalam ceramah mereka, UMNO dan Barisan Nasional berpolitik dengan cara kotor dan hanya tahu memfitnah. Tetapi yang dilihat dan didengar bukankan Pembangkang yang memfitnah dan menipu? Atau adakah mereka sedang bercakap di hadapan cermin? Kepada pengundi Kuala Besut, fikir-fikirkanlah…. Memilihlah dengan waras, bijak dan penuh keyakinan memilih demi masa depan.


#KualaBesut : BN & PAS Masing-Masing Dakwa Jadi Mangsa Fitnah





BESUT: Kurang 24 jam sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu, Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing mendakwa difitnah oleh pihak tertentu dengan tersebarnya maklumat kononnya kedua-dua parti itu akan memberikan bantuan berupa wang tunai kepada pengundi di Kuala Besut.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya mengesan pengedaran surat kepada pengundi yang menyatakan parti itu akan memberi sumbangan duit raya sehingga RM800 seorang.

Surat yang diedarkan itu menggunakan kepala surat Bilik Gerakan Utama BN Jentera PRK Kuala Besut itu ditandatangani Setiausahanya, Salleh Abdul Latif.

Sehubungan itu Salleh membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut bagi menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat berkenaan.

PAS turut membuat dakwaan telah difitnah bahawa parti itu menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengundi kononnya mahu memberikan bantuan zakat sempena Ramadan dan Aidilfitri kepada pengundi.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengesan penghantaran SMS yang meminta penerima hadir ke rumah calon PAS, Endut @ Azlan Yusof untuk merima agihan zakat tersebut.

Menurut Wan Azhar, SMS tersebut dihantar menggunakan nombor telefon bimbitnya.

"Saya mengaku nombor itu adalah nombor saya, tapi saya menafikan menghantar SMS itu.

"Saya yakin nombor telefon saya diklon oleh pihak tertentu bagi menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Selasa. - Mstar.

GAYA DAN CARA CALON PRK N1 KUALA BESUT MERAIH UNDI



Kempen PRK N1 Kuala Besut sudahpun memasuki Fasa terakhir yang mana pelbagai strategi dan teknik akan keluar demi mendapatkan undi rakyat. Calon BN seperti biasa tetap dengan cara menjelajah segenap pelusuk kawasan dalam DUN Kuala Besut untuk bertemu pengundi. Beliau menggunakan kaedah turun ke dasar berjumpa pengundi untuk memperkenalkan diri dan menyelami hati dan hasrat rakyat Kuala Besut.



Berbanding dengan calon BN, Calon PAS dilihat menggunakan kaedah senyap dan sunyi. Setiap pentas ceramah yang beliau singgah, amat sukar untuk beliau mengeluarkan suara emasnya. Beliau lebih selesa berdiri, tersenyum dan melambaikan tangannya. Mungkin dengan lambaian tangannya akan tersebar aura yang tidak kelihatan untuk mencairkan hati pengundi untuk tertarik memilihnya. Mungkin juga beliau tidak begitu teruja untuk mengeluarkan kata-kata hikmatnya kerana jika menang nanti beliau sedia maklum tidak mahu menjalankan amanah rakyat sebagai Yang Berhormat dan sebaliknya akan mengajikan orang lain untuk menggantikan tempatnya sebagai wakil rakyat.

Seperti yang beliau katakan, beliau adalah seorang kontraktor paling berjaya di Kelantan. Beliau juga mengatakan beliau mampu menjalankan kerja yang diberi oleh Kerajaan Kelantan bernilai puluhan juta ringgit tanpa memerlukan pinjaman atau pendahuluan dari Kerajaan Kelantan. Kata-kata beliau mungkin menunjukkan kejayaannya dan juga menzahirkan kekayaannya melalui kata-katanya. Namun ada juga yang merasakan kata-kata beliau menampakkan keangkuhan dan ada unsur riak.

Ciri-ciri calon PAS ini jelas berbeza dengan peribadi dan cara calon BN yang nampak bersungguh-sungguh untuk bertemu seramai mungkin pengundi. Tengku Zaihan dilihat tidak menunjukkan keletihannya untuk terus menerus menjelajah segenap pelusuk Kuala Besut hanya untuk bertemu pengundi. Dalam ucapan kempennya juga beliau jelas merayu dan meminta diberi kepercayaan rakyat kuala besut untuk mewakili rakyat kuala besut di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan seterusnya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Keperibadian yang berbeza antara dua calon ini jelas boleh dijadikan kayu pengukur keikhlasan dan kemampuan mereka untuk menjadi wakil rakyat di Kuala Besut. Kuasa memilih ada ditangan pengundi dan akan dizahirkan sokongan pada Rabu 24hb Julai 2013 ini. Pilihlah dengan penuh kebijaksanaan dan satu undi dari anda adalah penentu kepada nasib rakyat Kuala Besut.

PRK #KualaBesut : Dewan Ulama Mahu Hadi Pimpin Negeri Terengganu



BESUT 23 Julai - Dewan Ulama Pas mahu parti itu menerajui Terengganu dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menduduki kerusi Menteri Besar jika pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, Abdul Hadi layak diangkat semula ke jawatan yang pernah disandangnya pada tahun 1999 jika ditakdirkan Pas menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Beliau pernahh menjadi Menteri Besar, jadi apabila Pas berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, malam tadi.

Jumaat lalu, Abdul Hadi dalam satu majlis ceramah membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika Pas berjaya memenangi PRK Rabu ini.

PRK yang pertama selepas PRU-13 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endut @ Azlan Yusof.

Abdul Hadi mengulangi kenyataan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa

bahawa Pas bersedia memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di negeri ini walaupun jumlah kerusi sama banyak bagi memastikan pemerintahan dapat berjalan mengikut kehendak rakyat.

Beliau menjadi Menteri Besar selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum BN kembali merampas negeri itu pada PRU 2004. - UTUSAN ONLINE

Monday, July 22, 2013

PRK #KualaBesut : Hati - Hati Helah Dakwat Kekal



JERTIH: Pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan supaya berhati-hati dengan helah pembangkang yang cuba menimbulkan kesangsian berhubung penggunaan dakwat kekal.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, pihaknya mengesan wujudnya gerakan yang cuba mempengaruhi pengundi supaya tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan mendakwa dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sah digunakan ketika bersolat.

"Saya nak ingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang cuba menyerang kubu Barisan Nasional (BN). Wanita UMNO mengesan perkara ini di beberapa kawasan.

"Mereka tidak boleh nak minta penyokong BN undi mereka, jadi mereka guna helah tabur maklumat tidak betul supaya orang tidak keluar mengundi," katanya ketika ditemui di Taman Tasek di sini, hari ini. - Bharian.

PRK #KualaBesut : Hari Mengundi Biasa - SPR



JERTIH: Seramai 16,534 pengundi akan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya sudah menyediakan lapan pusat mengundi dengan 35 tempat atau saluran mengundi. 

Katanya, pusat mengundi akan mula dibuka untuk pengundian mulai jam 8 pagi dan ditutup pada jam 5 petang.

"Hanya satu pusat mengundi iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian yang dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada jam 3 petang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Pengundi yang akan keluar mengundi pada Rabu ini dinasihatkan supaya membuat semakan awal maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi, nombor saluran dan nombor siri mengundi melalui kaedah-kaedah iaitu laman sesawang SPR (www.spr.gov.my), khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 atau menelefon ke Call Centre SPR di talian 03-88856565 atau pejabat Pilihan Raya Negeri di talian 09-6221218.

Abdul Aziz berkata, mereka yang belum membuat semakan, boleh dibuat di barung-barung SPR yang disediakan di pusat-pusat mengundi.


"Pada hari mengundi, tidak dibenarkan sebarang pembukaan, penubuhan atau penyelenggaraan mana-mana pondok atau barung oleh parti politik dengan alasan untuk membantu pengundi menyemak maklumat pengundian mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata, tempoh berkempen bagi PRK Kuala Besut yang bermula pada 12 Julai lalu akan berakhir pada jam 11.59 malam, esok.

"Selepas itu, tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen terutamanya pada hari mengundi. Aktiviti merayu dan meraih undi pada hari mengundi adalah dilarang sama sekali dan ia satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, katanya, sebagai menghormati Ramdan, SPR hanya akan mengisytiharkan keputusan PRK Kuala Besut pada jam 10 malam atau selepas itu.

PRK #KualaBesut : 8 Sekolah Dibenar Cuti Berganti





Hashim Mohd Zin


KUALA BESUT 22 Julai - Lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada 24 Julai ini sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diberikan cuti berganti.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata lapan sekolah itu melibatkan seramai 4,727 pelajar dan cuti tersebut akan diganti pada Sabtu, 7 Sept ini.

"Semua sekolah itu dibenarkan bercuti pada hari Rabu ini namun akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail, SK Alor Peroi, SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. - BERNAMA

PRK #KualaBesut : Pembangkang Hanya Tahu Mengadu Saja





JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menempelak kenyataan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan yang diberikan Kerajaan Pusat hanya sekadar janji pilihan raya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mempersoalkan pembangunan yang pernah dilakukan pembangkang di daerah berkenaan ketika diberi peluang memerintah 

Terengganu pada 1999 hingga 2004. "Apa yang dia tak sangsi...semua yang kita cakap semua sangsi selalu. Dia tak buat apa-apa pun kalau dia menang sekalipun. Apa yang mereka buat masa 1999?

Mereka menang tapi tak buat juga...mereka hanya tahu mengadu saja," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan Bersih 2.0 yang mendakwa segala projek pembangunan yang ditawarkan kepada penduduk Kuala Besut
adalah janji yang ditabur bagi meraih undi.

Idris berkata demikian selepas merasmikan Program Kem Robotik Daerah Besut bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, di sini, hari ini. -BHarian.

PRK #KualaBesut : Ramai Anggota BN Berkampung





KUALA BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, yang sudah memasuki pusingan akhir, menyaksikan lebih ramai anggota Barisan Nasional (BN) dan Pas berkampung di sini untuk mendekati para pengundi bagi meraih sokongan untuk memenangkan calon masing-masing.

Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut ini menarik perhatian seluruh negara kerana ia akan menentukan sama ada BN kekal dengan 17 kerusi di Dun Terengganu atau terpaksa berkongsi kerusi 16-16 dengan pembangkang.

Jentera pilihan raya kedua-dua parti semakin memperhebat kempen sejak Jumaat lepas apabila lebih ramai pemimpin parti turun padang ke Kuala Besut selepas persidangan Dewan Rakyat berakhir Khamis lepas.

Dalam beberapa hari terakhir ini baru dirasai sedikit kehangatan kempen pilihan raya, yang jatuh pada bulan Ramadan, namun masih tetap tenang sebagai menghormati kehendak para pengundi yang mahu kempen dilakukan secara berhemah dan sederhana.

Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali melihat jentera pilihan raya BN lebih tersusun dengan bergerak dalam kelompok kecil dari rumah ke rumah serta mengadakan aktiviti usrah dan tazkirah di masjid dan surau, serta sentuhan peribadi calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, yang berusaha menemui seramai mungkin pengundi.

Berdasarkan pengamatan dan tinjauannya di sini, Che Hamdan berkata jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berulang-alik turun padang dibantu Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, selaku Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Dun Kuala Besut, serta pemimpin sayap parti serta Anggota Majlis Tertingi Umno jelas mantap.

"Tanpa isu nasional seperti hak asasi manusia dan rasuah, pertembungan Pas dan Umno ini lebih tertumpu kepada isu-isu tempatan dan soal-soal pembangunan kawasan serta masyarakat setempat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengakui pilihan raya kecil ini tenang, beliau berkata gandingan serasi Idris dan Tengku Zaihan, bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran, memberi keyakinan kepada rakyat di Kuala Besut untuk menerima baik agenda pembangunan yang dirancang, diperkukuhkan lagi dengan rekod perkhidmatan Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu.

"Idris banyak berjasa di Terengganu. Pembangunan pesat di Terengganu banyak dicetuskan oleh Idris dan saya melihat pengaruhnya masih kuat di Besut," kata pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun.

Di atas kertas, aura Idris dan kedudukan Kuala Besut, yang dikenali sebagai kubu kuat BN, dilihat memberi kelebihan kepada BN untuk mengekalkan kerusi.

"Jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun malah calon (Tengku Zaihan) sudah memasuki semua kawasan mengundi. Penerimaan masyarakat baik dan memberangsangkan," kata Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua.

Pada pilihan raya yang cukup signifikan itu, BN menetapkan tema 'Kuala Besut Bertambah Biru' untuk mengekalkan status quo.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut berkampung di Kuala Besut bekerja keras bersama wakil rakyat yang lain untuk mengekalkan kemenangan BN.

Kehadiran pemimpin parti komponen BN seperti Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu bagi meraih sokongan 125 pengundi Cina serta Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam untuk menemui sekumpulan kecil masyarakat India mengukuhkan lagi jentera pilihan raya BN.

Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata pendekatan kempen pilihan raya BN yang menekankan konsep mendekati rakyat dan penjelasan dalam kumpulan kecil sangat berkesan, seiring dengan nilai dan semangat menghormati kesucian Ramadan yang mulia.

"Perubahan konsep kempen tanpa perlu mengadakan ceramah umum adalah satu pendekatan matang untuk menyelami dan mengetahui masalah rakyat sebenarnya. Landskap politik negara ini sudah berubah, strategi sentuhan dan engagement dengan rakyat memberi impak lebih besar," katanya.

Melihat kempen Pas, parti itu mengekalkan pendekatan mengadakan ceramah umum dengan membawa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta sekutunya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Jika kehadiran orang pada ceramah umum menjadi kayu pengukur, ia mungkin mengatasi BN. Sejauh mana kebenaran penduduk Kuala Besut menghadiri ceramah umum itu tidak diketahui kerana berdasarkan pemerhatian, dilihat lebih banyak kenderaan luar Terengganu yang diparkir.

Pas yang tampil dengan agenda '16-16', merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu andai Pas berjaya merampas Dun Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini, mempertaruhkan ahli perniagaan, Endot @ Azlan Yusof, 48.

Setelah mendengar hujah-hujah yang dibentangkan kedua-dua parti bertanding, sejumlah 16,534 pengundi biasa yang akan menunaikan tanggungjawab Rabu ini pastinya sudah boleh membuat keputusan calon mana menjadi pilihan untuk memperjuangkan untung nasib dan masa depan mereka.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa.

Pada pengundian awal di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Gong Kedak, Sabtu lepas, 79.36 peratus atau 911 daripada 1,148 anggota tentera dan npolis serta pasangan mereka keluar mengundi.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas. - Bernama

PRK #KualaBesut : Pengundi Muda Penentu Kejayaan BN, Kata KJ





BESUT - Kira-kira 55 peratus daripada 17,683 pengundi di Kuala Besut adalah pengundi muda, justeru golongan itu dijangka menentukan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut Rabu ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, katanya, tumpuan tanpa henti dan usaha mendekati golongan itu perlu dilipatgandakan dalam memberi mereka keyakinan terhadap BN.

"Ketika ini kita sudah buat yang terbaik (dalam meyakinkan pengundi muda) dan pendekatan ini sangat sesuai dengan strategi kita yang meletakkan calon muda di kawasan Kuala Besut.

"Calon kita ini orang muda yang pastinya memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi muda bergantung sepenuhnya kepada beliau untuk membawa suara mereka," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Kuala Besut hari ini.

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini mempertemukan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.

Kekosongan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - Bernama

Yakin BN kekal di #KualaBesut





PASIR PUTEH - UMNO Bahagian Pasir Puteh melihat BN tidak mempunyai masalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang berlangsung Rabu ini.

Timbalan Ketua Bahagiannya, Mohd Rujhan Salleh berkata, selain kekuatan seperti yang diterjemahkan dengan kemenangan majoriti besar pada PRU 13 lalu, BN kali ini menampilkan calon yang memenuhi aspirasi orang muda.

Katanya, pemilihan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tepat dan mampu menyaingi calon yang ditampilkan Pas.

“Daripada pemerhatian kita, BN tidak mempunyai masalah untuk memenanginya, bagaimanapun jentera mesti menggiatkan usaha pada saat terakhir ini kerana pihak lawan mungkin mempunyai strategi tersendiri.

“Walaupun kempen di Kuala Besut ‘lambat panas’ tapi saya percaya kedua-dua parti melaksanakan gerak kerja berkesan yang sebahagian besarnya tidak diketahui umum,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Kelab Pemilik Kenderaan Bermotor Pasir Puteh (PPMC) kelmarin.

Turut hadir Yang Dipertua PPMC, Mat Lazin Wahab; Nasib Yang Dipertua, Pakuruzi Mat Yusoff; Setiausaha, Mohd Khalimi Mohd Khalil dan Bendahari, Mohd Hatta Salleh.

Mohd Rujhan berkata, BN hanya perlu mengekalkan momentum seperti yang ditunjukkan pada PRU 13 lalu, serta harus diingat bahawa kejutan boleh berlaku sekiranya berlaku penurunan peratus kekuatan ketara berbanding
sebelum ini.

“Jika semangat seperti yang ditunjukkan ketika menang besar ke atas Pas baru-baru ini kekal, tidak ada sebab BN kalah kali ini. Jangan sesekali menganggap kita berada di zon paling selesa.

“PRK ini cukup penting kepada BN kerana jika kalah, kedudukan kerusi 16-16 menimbulkan kerumitan, selain menjejaskan tumpuan BN membangunkan Terengganu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Penaung PPMC berkata, beliau memuji PPMC yang begitu konsisten sehingga mampu menggerakkan aktiviti tahunan mengikut jadual.

Komitmen tinggi seluruh ahli katanya, cukup untuk menjadikan PPMC memiliki kekuatan dan kelebihan tersendiri.-Sinar.

Sunday, July 21, 2013

PRK #KualaBesut : Jangan Terperangkap Formula 16:16 Pembangkang - Zahid



BESUT: Pengundi Kuala Besut diingatkan supaya tidak terperangkap dengan helah PAS yang mendakwa parti itu tidak berminat menjadi Menteri Besar sekiranya berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mustahil bagi pembangkang untuk tidak menimbulkan kekecohan jika mereka berjaya mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.

"Jangan terjebak dan termasuk dalam perangkap itu kerana mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan kerusi DUN berada dalam keadaan 16:16," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) Polis di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memahami implikasi jika berlakunya situasi DUN tergantung di Terengganu.

Katanya, situasi berkenaan hanya akan menggugat kestabilan politik di negeri ini terutama dalam menentukan pihak mana yang berhak membentuk kerajaan.

"Pengundi Kuala Besut cukup penting bagi menentukan masa depan Terengganu kerana kalau kerajaan tergantung, kerajaan tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan mengenai siapa boleh bentuk kerajaan kerana masing-masing mempunyai kerusi yang seimbang.

"Sebab itu saya menyeru dan merayu pengundi supaya jangan terjebak dengan kempen-kempen yang berbentuk sebegini, berikan kepercayaan kepada BN bagi menentukan kerusi yang ke-17," katanya.

PRK #KualaBesut : Wanita sentiasa diberi perhatian, kata Shabery





Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mengiktiraf golongan wanita di negara yang turut menyumbang kepada pembangunan negara dari segi politik dan sosial, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Sejak merdeka hinggalah hari ini ramai golongan wanita di Malaysia mampu menyandang jawatan tertinggi dalam pelbagai bidang penting dalam kerajaan," katanya ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama 32 ibu tunggal dan 62 anak yatim di Kuala Besut semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Rothiah Omar dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Nor Hayati Ismail.

Ahmad Shabery berkata sebagai kerajaan, BN tidak pernah menafikan hak wanita dalam setiap bidang termasuk politik.

"Tidak dinafikan golongan hawa ini memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan BN termasuk dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut," katanya.

Beliau berkata kepimpinan kaum wanita sepanjang kempen PRK ini amat ketara dan banyak membantu jentera parti.

"Kita amat hargai jasa dan pengorbanan golongan wanita yang sanggup berkorban dengan menjalankan kempen sepanjang PRK ini berlangsung," katanya.

Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jemaah Al-Ehsan Islamiyyah Malaysia cawangan Kuala Besut dan Kelantan, menyatakan sokongan terbuka kepada calon BN pada PRK DUN Kuala Besut, Rabu ini.

Sokongan itu dinyatakan pengerusinya Zakaria Salleh, 58, yang turut membawa 50 penyokongnya di hadapan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media di Kuala Besut.

Katanya kumpulan berkenaan telah tersilap dan menyesali selepas mereka yang dianggotai seramai 200 ahli sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh terhadap pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

"Kita lihat PAS sudah tidak relevan dalam memperjuangkan agama dan bangsa serta perubahan yang berlaku di Besut telah membuat hati kami tertarik untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada BN demi kebaikan semua," katanya.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, yang meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. - Bernama

PRK #KualaBesut : Polis Kesan Ceramah Tanpa Permit





Ketua Polis Daerah Besut, Kamaruddin Mohd. Zakaria


BESUT: Polis mengesan satu ceramah tanpa permit oleh sebuah parti politik sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bermula 12 Julai lalu.

Ketua Polis daerah, Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, ceramah yang dilakukan secara bergerak itu dikesan di Pasar Tani Kuala Besut baru-baru ini.

"Pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan berhubung insiden itu dan siasatan lanjut juga kini sedang dijalankan.

"Saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua parti politik bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengadakan ceramah tanpa permit sepanjang kempen pilihan raya ini berlangsung," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 24b (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Selain itu Kamaruddin berkata, pihaknya juga mengesan trend terbaharu oleh segelintir penyokong parti yang bertindak mengedar risalah berkaitan calon di bahu jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Tindakan itu bukan sahaja membahayakan keselamatan malahan menyebabkan kesesakan.

"Saya sarankan supaya penyokong parti mencari tempat yang bersesuaian untuk mengedarkan sebarang risalah atau bahan kempen supaya tidak menganggu hak pengguna jalan raya yang lain," katanya.-Mstar.

Zahid: Tak mahu jawatan MB satu perangkap



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak mahu jawatan menteri besar Terengganu jika parti itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah "satu perangkap".

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan di Terengganu. Jangan (rakyat) mudah terjebak dengan perangkap itu.

"Mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika mempunyai perubahan di kerusi DUN dengan keadaan 16:16," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pengundi di DUN Kuala Besut tidak terjebak dengan kempen yang disifatkannya sebagai "riverse psycology" PAS.

Sebaliknya, tegasnya, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya malam kelmarin, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang antara lain berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno mengingatkan pengundi bahawa akan berlaku 'kerajaan tergantung' dan mendakwa akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Terengganu jika "teori 16:16" menjadi kenyataan.

"Oleh sebab itu, pengundi di Kuala Besut cukup penting untuk menentukan masa depan Terengganu. Kalau kerajaan tergantung, kerajaan negeri tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan siapa yang boleh bentuk kerajaan, kerana mempunyai kerusi yang seimbang. Oleh itu, tentukan BN menang terus, dengan memperoleh kerusi yang ke-17," katanya.

Sementara itu, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh menyifatkan pilihan raya kecil ini paling tenang dalam sejarah dan sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung perjalanan kempen.

Sambil berharap trend itu berlanjutan sehingga kempen tamat, beliau berkata sebanyak 2,789 anggota polis dikerahkan bertugas pada pilihan raya itu dan perbelanjaan sebanyak RM10.4 juta untuk PDRM mengendalikan pilihan raya ini.-Mkini.

Menteri perolok PAS isu 'sogokan' RM337 juta



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini memperolok-olok pembangkang berhubung peruntukan beberapa projek pembangunan bernilai di DUN Kuala Besut yang diberikan selepas kempen pilihan raya kecil kawasan itu bermula.

"Ya memang, semua projek di seluruh negara adalah kerana PAS minta, DAP minta, dan PKR minta. Itulah, maka kerajaan BN cukup baik hati. Atas dasar permintaan pembangkanglah, itulah semua projek di Malaysia dilakukan.

"Sebab kerajaan BN ini tidak ada perancangan agaknya pada pandangan mereka. Hanya mereka sahaja yang pintar kononnya.

"Sedangkan BN mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan rakyat. Tidak kira, keperluan itu datang daripada akar umbi, atau pegawai kerajaan asalkan untuk rakyat, maka inilah yang dipenuhi oleh kerajaan BN," kata Zahid.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung PAS yang mendakwa pemberian peruntukan RM337 juta oleh kerajaan dilakukan ekoran tindakan mereka yang membangkitkan beberapa perkara isu sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata peruntukkan itu yang didakwanya berbentuk "janji dan sogokan" itu mengesahkan lagi dakwaan mereka berhubung isu yang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini sepanjang kempen pilihan raya.

Katanya, jika pilihan raya kecil itu tidak ada, tiada apa-apa yang akan berlaku dan Kuala Besut akan berterusan dikesampingan.

Dengan nada menyindir, Zahid yang juga naib presiden Umno meminta pengundi tertipu dengan "kempen mudah dan tak perlu modal" PAS sehingga mendakwa segala projek yang diberikan disebabkan usaha mereka.

CHE LONG BERNIAGA UNTUK RAKYAT KUALA BESUT


Kuala Besut bakal mencipta sejarah…. 16-16 seperti yang dikempen dan tertera di sepanduk dari Parti PAS. Apakah sejarah yang diharapkan oleh PAS? Adakah sejarah yang dikejar PAS ini bakal memberi faedah kepada rakyat Kuala Besut? Adakah PAS berfikir bukan tanggungjawab terhadap pengundi harus diutamakan tetapi sejarah yg lebih penting…..

PAS Terengganu meletakkan Che Long  sebagai calon di PRK Kuala Besut. Seorang kontraktor kelas A dan ahli perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di Kelantan. Memegang jawatan Bendahari Pas Kawasan Besut dan dilihat oleh PAS sebagai calon paling sesuai untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Kuala Besut. Namun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahukah Che Long meluangkan masanya untuk penduduk Kuala Besut dan meninggalkan kesibukan kerjanya di Kelantan?

Seperti kempen dari ceramah PAS di pentas ceramah sekitar Kuala Besut mengatakan Che Long calon yang paling sesuai untuk dipilih kerana beliau adalah penduduk tempatan Kuala Besut, mudah didekati, mudah memahami hasrat dan penduduk Kuala Besut dan calon yang sentiasa ada di kawasan…. Kata penceramah PAS. Betulkah seperti yang dikatakan?

Bagaimana dengan apa yang Che Long katakana seawal2 selepas namanya dicalonkan? Adakah kata-kata beliau akan mengajikan orang lain untuk menjadi “wakil” kepada wakil rakyat? Apakah maksud kata-kata beliau izinkan beliau untuk berniaga. Adakah dgn mewakilkan orang lain di kawasan adalah tanggungjawab seorang wakil rakyat? Adakah nasib rakyat akan terbela apabila tiada wakil rakyat yang dipilih di kawasan? Adakah ini yang dituntut oleh rakyat yang memilih beliau sebagai wakil?

Adakah rakyat Kuala Besut tidak matang dan tidak berfikir? Adakah penceramah PAS sedang membuat lawak di pentas ceramah? Rakyat Kuala Besut harus sedar dan buka mata sandiwara yang sedang dimainkan dan jangan biarkan mereka terus bermain lawak jenaka yang tidak masuk akal…. Fikirkanlah.



Saturday, July 20, 2013

PRK #KualaBesut: Calon BN puas hati proses undi awal di Gong Kedak



JERTIH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan proses mengundi awal di Pangkalan Udara Gong Kedak berjalan lancar undi awal di dua saluran di situ.

"Tiada masalah dan saya berpuashati dengan perjalanan proses mengundi awal PRK ini yang dikendalikan SPR," katanya yang tiba pada kira-kira jam 9.56 pagi bagi meninjau proses mengundi awal berkenaan.

Beliau berharap agar pengundi di Gong Kedak dapat terus mengundi BN dan mendapat majoriti lebih besar.

Katanya,baki hari berkempen akan digunakan untuk mempergiatkan usaha menarik pengundi untuk mengundi BN.

"Kita akan terus berjumpa pengundi dan menyatakan mengundi BN adalah yang terbaik untuk masa depan," katanya.

Beliau juga masih meneruskan pendekatan berjumpa golongan muda dan menyifatkan penerimaan mereka amat memberangsangkan dan menggalakkan. -Bharian.

Tanpa ceramah kempen BN tiada masalah



Jertih: UMNO menolak tanggapan ketiadaan ceramah politik pada waktu malam sepanjang 12 hari berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut bakal mengundang masalah.

Sebaliknya, pendekatan berjumpa pengundi untuk mengenal pasti masalah mereka dan berusaha mengatasinya lebih berkesan bagi memastikan kerusi Kuala Besut tidak terlepas ke tangan pembangkang. 

Walaupun tiada ceramah politik selepas solat Tarawih, jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap berjaya menyampaikan maklumat kepada pengundi mengenai dasar dan hala tuju kerajaan dengan kaedah beramah mesra dengan pengundi.
Dekati penduduk
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata UMNO Bahagian Besut dipimpin Datuk Seri Idris Jusoh tidak membenarkan jentera parti berceramah, sebalik lebih cenderung menggunakan kaedah bertemu orang ramai untuk menyampaikan dasar kerajaan.

RM4 juta bina rumah kedai



Pembangunan antara tiga projek naik taraf Pulau Perhentian

Jertih: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, malam tadi mengumumkan tiga projek menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur di Pulau Perhentian yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.

Beliau berkata, projek penting itu relevan dalam usaha kerajaan negeri memajukan pulau terbabit sebagai antara destinasi pelancongan utama di negara ini.

“Kita akan membina 10 unit rumah kedai berdekatan pantai yang dianggarkan bernilai RM4 juta. Ini akan dimasukkan dalam bajet kita nanti.

“Kawasan niaga ini dibina atas permintaan peniaga dan penduduk kampung (Pulau Perhentian) memandangkan pelancong semakin ramai tetapi tempat berniaga tidak mencukupi dan sesuai,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga pulau itu, di sini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan ke beberapa rumah penduduk kampung berkenaan. Turut hadir calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Katanya, projek kedua pula meliputi pembinaan jeti khas yang akan menyambungkan jalan menghala kawasan perumahan rakyat atau penempatan rumah pangsa yang dalam pembinaan.

Ahmad berkata, projek ketiga pula menaik taraf dan membina jalan khas bagi menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau ini dan perumahan rakyat.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah dan kos pembinaan jeti khas dan pembinaan jalan terbabit, sebaliknya berjanji ia akan dilaksana secepat mungkin.

Bina 200 rumah rakyat

Sebelum ini, kerajaan negeri sudah meluluskan pembinaan 200 unit rumah di bawah program perumahan rakyat dengan kos RM28 juta atau RM140,000 bagi setiap unit. Rumah berkenaan turut dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Antara projek lain dalam pembinaan ialah masjid terapung dengan kos RM12 juta dan projek bagi perairan dan tapisan kumbahan bernilai RM10 juta.

Sementara itu, Tengku Zaihan ketika ditemui berazam membangunkan lebih banyak kawasan di Kuala Besut khususnya di Pulau Perhentian sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Tarikan kampung

“Kampung Pulau Perhentian contohnya masih mempunyai tarikan tertentu yang boleh dimajukan seperti kolam di puncak bukit di kampung berkenaan.

“Jika dilihat kepada kemajuan di sini (Kampung Pulau Perhentian), boleh dirumuskan (keadaannya) amat baik, ada infrastruktur yang lengkap dan selesa,” katanya.

Beliau mengajak masyarakat tidak terlalu selesa dengan apa yang sudah mereka nikmati, sebaliknya perlu terus membantu kerajaan merancang pembangunan bagi memajukan lagi pulau peranginan berkenaan. -Bharian.

Keputusan PRK Kuala Besut 10 Malam Rabu



BESUT: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam, Rabu depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan keputusan pada pukul 10 malam bagi menghormati umat Islam menunaikan solat terawih.

"Disebabkan sekarang bulan Ramadan, kita hormati pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai untuk beribadat.

"Walaupun proses penjumlahan undi selesai awal dan kita sudah mengetahui keputusan pada pukul 9 malam, SPR tetap akan menunggu sehingga pukul 10 malam untuk diumumkan secara rasmi," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pengundian awal oleh anggota tentera dan pasangan serta pegawai polis di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus daripada 16,534 jumlah keseluruhan pengundi biasa akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Rabu depan.

Mengulas mengenai proses pengundian awal, Wan Ahmad berkata beliau yakin peratus keluar mengundi kumpulan berkenaan akan mencecah hampir 95 peratus daripada 1,148 pengundi berdaftar.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.-Mstar.

PRESIDEN PAS KEMPEN UNTUK CALON PRK KUALA BESUT DARI JAUH - MAT SABU



Ceramah PAS di kempen PRK N1 Kuala Besut agak mengelirukan dan seperti ketandusan idea. Bayangkan apabila pentas ceramah anjuran PAS dan penceramahnya adalah Mat Sabu yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS gagal memberi fakta yang kukuh sebaliknya hanya mampu berceramah tanpa isi dan seperti beliau bersembang di kedai kopi. Beliau juga hanya memberi contoh yang agak pelik ketika menyampaikan ucapannya .

Pada malam ceramah beliau di UPU Kampung Nail Kuala Besut, beliau cuba menjawab ke mana perginya Tuan Guru Haji Hadi kerana sehingga hari ini kelibat Presiden PAS ini tidak kelihatan. Mat Sabu mengatakan Tuan Guru Haji Hadi menerima banyak jemputan untuk jadi penasihat kepada kumpulan atau parti politik di Negara luar. Seperti di Negara-negara timur tengah dan katanya sekarang ini Tuan Guru Haji Hadi berada di Istambul. Hebat sangatkah Presiden PAS ini apabila dijemput menjadi penasihat sedangkan dalam Pakatan Pembangkang sendiri beliau gagal menasihati Anwar, gagal mempengaruhi Lim kit Siang dan gagal segalanya dalam keputusan yang di buat Pakatan Pembangkang.

Kesimpulannya tentang kehilangan Tuan Guru Presiden PAS ini sudahpun terjawab dan jawapannya adalah beliau pergi keluar Negara untuk menasihati parti-parti di Negara luar. Pelik juga apabila dalam negeri sendiri ada PRK yang mana melibatkan partinya sendiri tapi beliau sibuk menjadi penasihat kepada Parti lain di Negara lain. Atau adakah Che Long ini calon bukan pilihannya dan bukan calon favourite untuk menang. Beliau lari kerana tidak sehaluan dengan Pengarah Jentera Kempen PRK Kuala Besut? Mungkin juga beliau hilang lari dan sebab beliau tidak mahu terlibat jika PAS kalah di PRK Kuala Besut. Fikirkan lah


Sedia Berdebat Jika Tajuk Sesuai - Shabery Cheek



KUALA BESUT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur bersama pilihan tajuk yang sesuai.

Mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Husam Musa kepadanya, beliau berkata ia tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu.

Bercakap kepada pemberita sebelum berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Tok Has, Bukit Puteri di sini, Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, berkata cabaran itu juga boleh disifatkan sebagai tidak adil kepadanya kerana beliau sama sekali tidak dimaklumkan secara jelas.

"Saya boleh dan sedia pertimbang untuk berdebat jika cabaran itu dibuat mengikut prosedur di mana saya dan pejabat saya dimaklumkan terlebih dahulu.

"Cabaran perlu dinyatakan secara jelas seperti tajuk, tempat, berapa lama dan peraturan yang diguna. Kedua pihak perlu bersetuju, malah pihak keselamatan juga perlu dimaklumkan," katanya.

Dalam cabarannya Husam menamakan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli sebagai wakil kepada pakatan rakyat manakala Ahmad Shabery dipilih atas kapasiti Anggota Majlis Tertinggi Umno untuk dipertemukan dalam debat bertajuk 'Bagaimana rakyat Terengganu boleh menjadi kaya seperti pemimpin Umno' yang dijadual selepas solat tarawih malam Jumaat.

Ahmad Shabery berkata, beliau juga 'terkejut' mengapa Rafizi yang dicadangkan sedangkan masyarakat setempat sedia maklum Anggota Parlimen Pandan itu tidak sayangkan negeri Terengganu apabila memilih untuk bertanding di Selangor dalampilihan raya umum lepas.

"Sebenarnya saya hanya tahu mengenai debat ini beberapa jam yang lalu, malah pejabat saya juga tidak menerima sebarang surat mengenainya.

"Dulu masa saya nak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-dua pihak ambil masa lebih sebulan untuk berbincang mengenainya. Jelas ini kaedah yang takbetul, dengan bos dia pun saya berani dan telah berdepan jika kena kaedahnya,"katanya.

Ahmad Shabery juga menyifatkan cabaran itu sebagai gimik murahan Husam untuk meletakkannya dalam keadaan tidak baik seolah-olah takut untuk berdepan denganpembangkang dan berharap reaksi beliau terhadap pelawaan berdebat dapatmenghentikan pembangkang daripada terus 'meroyan'.

"Malam di bulan Ramadan seharusnya diisi dengan beribadah bukannya berdebat," katanya.

"Jika nak debat apakah tidak boleh jika diberi tajuk seperti 'Apakah kejayaan PAS sepanjang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004...adakah mereka berani," katanya. - BERNAMA

Friday, July 19, 2013

Ahmad Shabery tidak tahu pembangkang ajak debat



PUTRAJAYA 19 Julai - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak tahu menahu mengenai cadangan pakatan pembangkang menganjurkan debat antara beliau dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai cadangan debat yang disarankan oleh Pengarah Pilihanraya Kecil Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Husam Musa selepas dihubungi oleh wartawan.

"Saya tidak tahu menahu (mengenai cadangan debat) tidak ada sesiapa pun dari pihak sana yang menghubungi atau menjemput saya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Naib Presiden Pas itu yang mengajak UMNO berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu dengan menjemputnya mewakili Barisan Nasional (BN) manakala Rafizi mewakili pakatan pembangkang.

Husam turut mencadangkan agar perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat tarawih malam ini dan pemilihan Ahmad Shabery akan membolehkan sesi tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM. - UTUSAN ONLINE

Krisis dalaman PAS kian meruncing selepas PRU-13

Idris Ahmad, Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS

Pemimpin yang merasa diri mereka hebat, sikap ego dalam jemaah dan tidak suka ditegur adalah antara punca berlakunya pergeseran dan saling kutuk mengutuk antara pemimpin PAS.

Menurut Idris Ahmad, Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS, keadaan bertambah buruk apabila ada kalangan pemimpin PAS yang mendengar dan lebih percaya kepada tokoh tertentu di luar parti berbanding rakan sejawat atau ahli PAS sendiri.

Menulis dalam kolumnya di Harakah baru-baru ini, beliau menyelar pemimpin PAS yang tidak turun ke akar umbi, jarang bersua muka dengan ahli dan pengundi, justeru menyebabkan terbentuknya banyak persepsi negatif terhadap orang lain.

Pandangan Idris memberi gambaran masalah dalaman PAS semakin serius selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu. Prestasi parti yang tidak sebaik diharapkan, ditambah pula dengan kejatuhan kerajaan PAS Kedah dan kekalahan ramai pemimpin berjawatan, memperlihat pergeseran dan percanggahan pendapat yang semakin ketara.

Perubahan kepemimpinan PAS di Kelantan dan penyisihan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husam Musa daripada EXCO adalah antara manifestasi masalah parti bertambah parah.

Kutuk mengutuk sesama ahli

Idris jelas bimbang dengan perkembangan dalam PAS akhir-akhir ini, terutama dalam cara pemimpin PAS menangani beberapa isu. Mereka bercanggah pendapat dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan institusi Raja-Raja Melayu, hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kaedah politik beliau, serta cara menghadapi teguran dan pendirian pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Guan Eng berhubung pelaksanaan hukum hudud dan kepentingan Islam.


Mungkin juga beliau terguris dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Husam yang mengkritik pemimpin PAS yang tidak menyokong perhimpunan anjuran Anwar membantah keputusan PRU-13. Padahal, majoriti pucuk pimpinan PAS, seperti juga DAP, sudah menerimanya. Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, misalnya, menghormati suara dan pilihan rakyat, justeru mengecam perhimpunan bertujuan menjatuhkan kerajaan yang terbentuk secara demokrasi.

Mat Sabu dan Husam diketahui umum adalah penyokong Anwar dan sebahagian daripada kumpulan Anwarinas dalam PAS. Kedua-duanya kalah merebut kerusi Parlimen pada PRU lalu. Kenyataan Husam yang menganggap pemimpin PAS yang gagal hadir dalam beberapa perhimpunan anjuran Anwar sebagai pengkhianat sudah menimbul kemarahan ramai pemimpin PAS sehingga ada yang mula sangsi terhadap kesediaan beliau bersama jemaah PAS lalu melabelkan beliau sebagai pengkhianat sebenar. Idris menegur: Jangan hina pandangan jemaah lain. Jika tidak setuju, gunalah bahasa beradab. Tidak setuju tidak mengapa tetapi jangan menghina. Jika dituduh, pergilah bertanya kepada yang menuduh untuk dapatkan penjelasan.

Beliau tidak bersetuju pemimpin PAS menggunakan media, terutama media sosial untuk meluahkan perasaan atau mengkritik sesama sendiri. Cara ini bukan saja tidak berhemah, malah mendedahkan sesuatu krisis atau pergeseran kepada umum. Ahli percaya apa yang ada dalam Facebook, portal dan blog; pandangan jemaah tidak dipeduli. Jangan guna media untuk kritik sesama sendiri walaupun rasa kita betul. Orang awam melihat dan menilai kenapa sesama ahli PAS bergaduh. Jika kedua-dua pihak bergaduh guna media, orang awam menghukum kita.

Rakyat dapat rahmat BN menang

Berasaskan penilaian Idris, adalah melucukan apabila sisipan Fikrah dalam Harakah 24-27 Jun 2013 membawa tajuk Bahana Tolak Pakatan Rakyat di muka hadapannya. Kononnya, rakyat menolak tuah dengan tidak memilih pembangkang jadi kerajaan, justeru hilang peluang untuk menikmati kehidupan tanpa perlu bayar tol, hutang PTPTN dan kos hidup yang lebih rendah. Hakikatnya, majoriti rakyat di Malaysia mendapat rahmat daripada kemenangan Barisan Nasional. Allah mentakdirkan begitu.

Penolakan pembangkang bukan bahana tapi keputusan jelas bahawa rakyat tidak percaya kepada janji pembangkang. Jika pembangkang sudah kata manifesto bukan janji dan janji pula tidak perlu ditunai, apa ke bodoh rakyat nak percaya? Pembangkang mempunyai rekod pembohongan dan janji palsu yang tebal. Rakyat tidak yakin pembangkang boleh turunkan harga kereta atau harga minyak seperti didakwa.

Walaupun pembangkang mendakwa kerajaan menyekat kebebasan bersuara, pembangkang membuktikan ia lebih teruk. Terbaru, cadangan pembangkang memboikot media arus perdana sehingga bankrap. Ini menjadikan rakyat lagi tidak percaya kepada pembangkang dengan dasar kebebasan bersuaranya. Hakikat bahawa cadangan ini dibuat seorang bertaraf pengarah strategi lagi melucukan.

Dan apabila Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, yang juga bekas wartawan akhbar Cina Nanyang Siang Pau membuat kenyataan: Kalau bercakap pasal Islam, saya mungkin jauh lebih tahu dan faham berbanding orang UMNO kerana mempelajari keindahan Islam daripada Dewan Ulama dalam PAS, sudah tentu rakyat menganggap ini sebagai satu lagi bukti kecelaruan minda dan sikap dalam PAS yang kini menjadi parti terkecil dalam pakatan pembangkang. -Bharian.

PRK Kuala Besut: Mukhriz mahu balas jasa Terengganu



JERTIH: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan berkempen dan membantu habis-habisan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai membalas budi Terengganu kepada Negeri Jelapang Padi itu.

Mukhriz berkata, Kedah banyak belajar daripada Terengganu terutama dalam bidang pendidikan menerusi pendekatan Ulul Albab yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang. 

"Kami datang jauh dari Kedah kerana kami membalas jasa dan budi baik kerajaan Terengganu kerana banyak yang kami belajar menerusi pendekatan pendidikan yang digunakan di negeri ini (Terengganu).

"Salah satu contoh ialah pendekatan Ulul Albab yang saya terapkan di Jerlun ketika menjadi Ahli Parlimen," katanya ketika pemberita selepas
menyerahkan zakat kepada 110 penerima di Kampung Air Terjun, di sini.

Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri Kedah berkata, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimennya (ketika menjadi Ahli Parlimen) menunjukkan keputusan yang cemerlang selepas menggunakan pendekatan Ulul Albab yang
berasal dari Terengganu.

Pendekatan Ulul Albab diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengalakkan lebih ramai pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.
Selain Mukhriz, sembilan lagi Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dari Kedah turut berada di Kuala Besut untuk membantu jentera pilihan raya BN. -Bharian.

Bina perpaduan, elak sengketa di bulan mulia



Umat Islam khususnya di Malaysia menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak dengan rasa syukur kerana dapat melaksanakan ibadah puasa dalam suasana aman. Di beberapa negara bergolak seperti Mesir, suasana Ramadan kali ini tentunya jauh berbeza berikutan konflik politik yang masih berlarutan. Di Malaysia, walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, ada pihak berusaha mencetuskan kekacauan tetapi gagal kerana sebahagian besar rakyat yang matang dan waras tidak terpengaruh dengan hasutan pihak berkenaan kerana masih cintakan keamanan.

Bagi mereka yang memahami fadilat bulan mulia ini, ibadat puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi kesempatan mengukuhkan saf dan membentuk sikap mulia dengan beramal salih. Sekarang masa terbaik untuk memperbaiki diri dengan mengerjakan solat Tarawih, berzikir, bersedekah, membaca al-Quran dan memakmurkan masjid. Tazkirah Ramadan yang lazimnya diadakan pada pertengahan solat Tarawih bertujuan mengingatkan jemaah mengenai keberkatan Ramadan dan hubungan sesama umat.

Kita berharap matlamat tazkirah yang bertujuan mengingatkan sesama ummah tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik kepartian. Pada masa lalu, ada kecenderungan pihak tertentu menggunakan ruang solat untuk berpolitik. Tazkirah digunakan untuk menyemai kebencian kepada pihak lain. Jika keadaan ini berulang kita bimbang amalan ibadat di bulan mulia ini akan terjejas gara-gara politik kepartian yang tidak mengira tempat dan masa.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang secara kebetulan jatuh pada Ramadan, iaitu 24 Julai ini, sepatutnya menginsafkan semua pihak untuk bersatu hati dan berpolitik secara matang dan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Elakkan bersengketa sesama umat walaupun kempen pilihan raya di Pantai Timur, khususnya Terengganu sentiasa hangat membabitkan persaingan UMNO dan PAS di kawasan majoriti orang Melayu.


Jadikan Ramadan sebagai benteng untuk mengelak fitnah, merosakkan hubungan insani dan menyemai kebencian. Amalan demokrasi membenarkan pilihan raya untuk menentukan wakil rakyat di kawasan berkenaan. Bagaimanapun akhlak Muslimin perlu dipelihara agar isu kepartian tidak menjarakkan hubungan ummah. Sekarang masa terbaik untuk kita bersatu bagi membentuk masa depan agama dan bangsa yang lebih gemilang.

Jadikan Ramadan sebagai medan meningkatkan perpaduan dan pembangunan ummah. Lebih penting, sebarang perbezaan pendapat perlu diselesai menerusi muzakarah yang mengutamakan tradisi keislaman semata-mata untuk mendapat keredaan Ilahi.

PDRM tubuh pasukan khas tangani isu pengundi hantu, tahan bas



KUALA BESUT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan pasukan khas bagi menangani isu 'pengundi hantu' serta penahanan bas penyokong sekiranya berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada 24 Julai.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid, berkata meskipun belum ada insiden sedemikian dilaporkan, namun pihaknya bersedia menangani isu tersebut melalui pasukan khas berkenaan.

"Kita ada pasukan khas yang akan menangani isu tersebut dan jika insiden seperti itu berlaku tindakan segera akan dikenakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, polis bersedia menambah jumlah anggota polis sepanjang proses PRK itu berlangsung, namun ia bergantung kepada keperluan.

"Kita mempunyai kekuatan anggota yang cukup dan bersedia hadapi apa jua yang bakal berlaku pada pilihan raya ini dan jika tidak mencukupi kita akan tambah bagi melicinkan proses pilihan raya.

"Lazimnya, pada hari pengundian akan berlaku kekecohan dan ketegangan namun kita mempunyai strategi tersendiri untuk menangani ketegangan itu dan akan memastikan proses pengundian berjalan lancar," katanya.

Salleh berkata, sejak hari penamaan calon sehingga kini, penugasan pihak polis berada di tahap terbaik dan terkawal dan berharap ia terus berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Dalam pada itu, katanya polis turut menyiasat tiga laporan sepanjang kempen berlangsung melibatkan kes bakar bendera, ceramah tanpa permit dan laporan yang dibuat Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan.

Beliau turut mengingatkan penyokong parti yang bertanding agar tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses PRK berlangsung dan memohon permit untuk menganjurkan ceramah.

"Orang ramai yang ingin keluar mengundi tidak perlu bimbang untuk menunaikan tanggunjawab itu dan jika terdapat masalah mahupun ancaman, segera hubungi polis untuk diambil tindakan," katanya.

- BERNAMA

Jemaah Masjid Kg. Tok Has Iftar Bersama DS Shabery Cheek


Iftar bersama Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia di Masjid Kg. Tok Has, Besut, Terengganu. YB turun ke Besut hari nie bagi membantu kempen BN dalam Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut.

Kempen PRK Kuala Besut lambat panas



KUALA BESUT: Kempen pilihan raya kecil Kuala Besut yang dianggap lambat panas, dijangka akan bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 24 Julai, berdasarkan pertambahan poster, bendera dan kunjungan pemimpin parti sejak semalam.

Ceramah besar yang menghimpunkan ribuan penyokong memang tidak ada mungkin disebabkan PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan yang mempengaruhi suasana dan corak jentera parti turun berkempen.

Jentera kedua-dua parti yang bertanding - Barisan Nasional (BN) dan PAS - banyak berkempen mendekati pengundi pada sebelah pagi atau selepas solat Tarawih pada sebelah malam.

Selain itu, persidangan Dewan Rakyat baru berakhir semalam, yang mungkin punca ramai menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen tidak turun awal ke Kuala Besut untuk berkempen sejak penamaan calon pada 12 Julai.

"Penduduk pula lebih menumpukan masa mereka kepada ibadah puasa dan persiapan menyambut Aidilfitri," kata pemerhati.

Mohd Hassan Kundor, 56, dari Kampung Baharu di sini menyifatkan kempen pilihan raya kali ini paling relaks kerana kurang aktiviti.

"Pok (pak) lihat bendera dan poster banyak dipasang di kawasan ini dalam dua tiga malam lepas. Berbeza dengan sebelum ini, sebut sahaja pilihan raya, bendera dan segala kemeriahan sudah berlaku," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Beris Pak Abu, Anuar Mohd Musa, 47, berkata petugas parti BN beramai-ramai bertugas selepas pukul 10 malam.

Mereka tidak mengalami sebarang provokasi daripada petugas pembangkang.

"Kami duduk dalam kampung yang dikelilingi saudara-mara, cuma dipisahkan dengan ideologi berbeza dan soal politik, tidak bermakna kami perlu tarik muka," katanya.

Petugas BN cuba membawa kelainan dengan menggunakan beberapa kereta yang dipasang dengan lampu LED kelap-kelip lambang parti dan bergerak secara berkonvoi dari satu lokasi ke lokasi bilik gerakan parti.

Kos menghias ditanggung sendiri pemilik kenderaan itu yang menghabiskan RM800 hingga lebih RM1,500 untuk sebuah kenderaan.

"Saya membuat pemasangan lampu ini sebelum hari penamaan calon lagi dan tidak sangka konvoi kami mendapat sokongan moral daripada pemimpin dan orang ramai," katanya.

- BERNAMA

RAKYAT KELANTAN KEDEKUT- NIK AZIZ

Apo ambo nak bagitahu kat rakyat Kelate ni

Persoalan selama ini terjawab kenapa selama 23tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan kurang pembangunan dan kurang membina masjid. PRK N1 Kuala Besut semalam menyaksikan akhirnya Nik Aziz menjawab segala persoalannya. Dalam ceramah kempen untuk calon PAS Kuala Besut di Kampung Beris Pak Abu, akhirnya beliau menjawab sambil membuka pekung sendiri. Nik Aziz dengan selamba mengakui selama ini pembangunan di Kelantan terbina atas ehsan Kerajaan Pusat.

Mengakui masjid dibina peruntukan Kerajaan Pusat dan selamba kata "masjid dia bina tapi tak sembahyang" sungguh hebat dan sungguh tinggi ilmu Nik Aziz dari ilmu mengajar agama hingga ilmu menilik menggunakan air dalam mangkuk kerana sesuka hati mengatakan pemimpin BN hanya membina masjid tapi tidak sembahyang.... mata Nik Aziz ada di mana-mana ke?

Mengakui pembangunan dari Kerajaan Pusat yang ditadbir BN. Tapi liciknya beliau  menyalahkan Kerajaan Pusat dan mengatakan Kerajaan Pusat telah mengajar rakyat Kelantan menjadi kedekut. Apa yang menariknya Nik Aziz mengatakan sepatutnya untuk membina masjid rakyat Kelantan sendiri wajar membuat sumbangan dan membuat kutipan sendiri. Namun apabila kerajaan pusat memberi peruntukan untuk membina masjid di Kelantan akhirnya rakyat menjadi kedekut dan hanya mencari duit untuk membina rumah sendiri.

Bertambah keji apabila Nik Aziz menguna kisah Rasulullah SAW semasa membina masjid Quba hasil kutipan masyarakat Madinah. Bila beliau berceramah mengait kisah Rasulullah SAW dan mencampurkan sedikit terjemahan ayat Al Quran maka bertambah sedap ceritanya untuk menutup kelemahan sendiri. Menggunakan Agama untuk kepentingan politik. Masukkan Hadis, Kisah Perjuangan Rasulullah dan terjemahan Ayat Al Quran dalam ceramah dan hentam Kerajaan Pusat wajau setuju dan mengakui sendiri Kerajaan Negeri yang dipimpinnya tidak buat apa-apa. Ironinya mudah…. Selama 23tahun mentadbir negeri, pembangunan hasil kutipan dan sumbangan rakyat. Persoalannya kemanakah perginya kutipan cukai dan hasil negeri?

 Adakah tugas utama Menteri Besar Kelantan hanyalah berceramah sahaja dan tak perlu fikir pembangunan dan mentadbir negeri Kelantan adakah hanya perlu bercakap dan meminta rakyat menyumbang untuk pembangunan? Sungguh pelik dasar Tuan Guru Nik Aziz Mursyidur Am PAS ini.   Dah bantu salah tak bantu lagilah salah.

Tidur sahaja dan tak perlu fikir apa-apa

Tidur tidur tidur